Agro Tourism di Fruit Farm

SERONOK juga kalau sesekali bercuti di tempat damai seperti di Fruit Farm yang memberi kita pengetahuan mengenai buah-buahan, tanaman herba dan binatang ternakan. Biasanya dalam tempoh cuti yang singkat kita lebih suka memilih lokasi yang sibuk seperti bowling, wayang, lepak minum kopi dan sebagainya di sekitar bandaraya. Mungkin itu pilihan masing-masing atas faktor-faktor tertentu.

Ada orang jenis extrovert yang sukakan kemeriahan sebagai suatu keseronokan. Macam aku lak, lebih suka tempat yang damai dan tenang. Alasannya kerana aku lebih cenderung kepada personaliti introvert.

Dalam fruit farm tu aku sangat tertarik dengan kolam ikan Koi. Kalau korang nak tau, ikan ni memang la aku minat. Kalaulah ada peluang dan rezeki lebih, nak juga aku buat kolam ikan Koi kat rumah. Ikan ni senang nak jaga dengan syarat makanan yang diberikan jangan jenis terlalu murah kerana kualitinya boleh sampai menggalakkan bakteria pada ikan. Korang tengok la gambar ni… Punya la geram aku tengok ikan macam ni punya banyak… Fuyoo

Wasiat Terakhir Mak Temah

Kisah ni aku dapat daripada email. Mungkin ramai yang dah pernah baca. Tapi aku nak share juga sebab cerita ni lawak giler. Korang baca la. Kepada penulis cerita ni, maaf tak dapat sertakan nama sebab sumbernya tak diketahui…

SETELAH beberapa hari ditempatkan di wad ICU,keadaan Mak Temah mula beransur stabil. Keesokan harinya beliau dipindahkan ke wad biasa, tetapi peralatan pernafasannya masih belum ditanggalkan.

Tok Ketua bercadang untuk melawat Mak Temah yang merupakan salah seorang kariah mukimnya. Bersama isterinya Bedah, Tok Ketua ke hospital lewat petang itu untuk menziarah jirannya itu. Mak Temah kelihatan amat lemah tetapi masih dapat mengenali tetamu-tetamunya. Dia memandang ke wajah Mak Bedah dengan mulut yang terkumat kamit.

Mak Bedah mendekati Mak Temah sambil mendekatkan telinganya ke bibir beliau. Tok Ketua yang berada di sisi katil sebelah lagi juga turut mendekati bahagian kepala Mak Temah. Tetapi, tiba-tiba Mak Temah mengalami sesak nafas dan dadanya berombak-ombak turun naik. Dalam keadaan kelam kabut itu, Tok Ketua terlihat tangan Mak Temah seolah-olah meminta pen dan kertas.

Kebetulan Tok Ketua menyimpan beberapa helai kertas kecil di dalam saku koceknya dan dengan segera menyerahkannya kepada Mak Temah.

Tentunya Mak Temah mahu menulis wasiat, getus fikirannya. Nafas Mak Temah semakin sesak dan akhirnya terhenti setelah beliau menuliskan ayat terakhirnya. Menghormati jenazah, Tok Ketua tidak mahu membaca wasiat itu di depan arwah Mak Temah.

Keesokannya setelah jenazah disempurnakan, barulah Tok Ketua memanggil kesemua waris Mak Temah dan menyatakan Mak Temah sempat menuliskan wasiat untuk mereka sebelum menghembuskan nafas terakhir. Waris-warisnya berasa hairan kerana setahu mereka MakTemah bukan orang berharta.

Perlahan-lahan Tok Ketua mengeluarkan kertas yang ditulis oleh arwah Mak Temah semalam dan memasang cermin matanya. Mukanya merah padam dan kertas tersebut jatuh daripada tangannya. Tiba-tiba Tok Ketua berlari keluar dari bilik tersebut.

Anak sulong Mak Temah, Rizal mengambil kertas tersebut dari lantai dan membacanya.
“Tolong jangan pijak salur oksigen aku, Tok Ketua……!”

Tip Bersenam

Bila nak mula?: Mulakan hari ini juga sementara semangat masih membara.

Sebelum bersenam: Mulakan senaman pertama dengan sukan yang ringan supaya ia tidak memudaratkan atau menjadi sekadar hangat-hangat tahi ayam saja. Jangan anggap hanya sukan seperti tenis, jogging, karate atau bola sepak je yang boleh dianggap sebagai senaman.

Ada banyak senaman lain yang lebih ringan dan menyeronokkan serta mampu membakar kalori lebihan. Contohnya seperti bersiar-siar, Yoga dan meregangkan otot (warming up). Ia kelihatan seperti bukan senaman tetapi ia baik untuk permulaan.

Pengawal Stress: Jika kita mengalami tekanan atau terlalu letih dengan kerja-kerja seharian, bersenam sebenarnya adalah pilihan yang paling baik untuk mengembalikan mood kita. Senaman akan berfungsi ibarat pencuci kepada jiwa raga kita. Oleh itu, ada di antara kita yang mengungkapkan senaman itu sebagai suatu ‘olahraga’.

Kepenatan yang kita perolehi hasil daripada bebanan kerja berbeza dengan kepenatan yang diperolehi daripada hasil sukan dan senaman. Letih bekerja memberikan tekanan tetapi penat bersukan memberi keselesaan atau kelegaan.

Bersenam sebelum makan: Elakkan bersenam selepas makan kerana ia membahayakan proses pencernaan. Seeloknya biarlah senaman itu dilakukan sekurang-kurangnya setengah jam selepas makan atau jangan makan terlalu kenyang jika kita ingin bersukan selepas waktu tersebut.

Keselamatan: Sila ambil kira tentang keselamatan diri. Elakkan daripada berjogging dan bersiar-siar pada waktu atau di tempat yang sunyi terutama sekali pada golongan wanita. Keselamatan kita boleh terjejas apabila ada yang selalu memerhatikan amalan rutin kita semasa senaman. Ambil kira juga tentang sukan yang terlalu lasak sehingga boleh menjejaskan keselamatan diri. Jaga sendi dan otot-otot kita kerana tubuh kita masih diperlukan untuk jangka masa yang lebih lama. Sayangi tubuh badan sendiri.

Jangan malu: Perlukah kita merasa malu kerana tidak biasa dengan sesuatu jenis sukan? Perlukah kita malu kerana memiliki berat badan yang lebih untuk bersenam atau bersukan? Kalau diperhatikan di sekeliling kita atau di mana-mana tempat bersukan dan taman-taman, bukan kita seorang sahaja yang baru bermula untuk bersenam. Masih ramai lagi yang juga sama seperti kita yang baru ingin memulakan displin untuk bersenam.

Tidak semua orang yang bersukan itu telah mahir dalam sukan yang mereka libati. Ada kalanya kebanyakan orang hanya bersukan untuk keseronokan tidak sampai ke peringkat professional seperti para atlit. Marilah kita berfikir positif, tolong jangan perasan, tiada orang yang memerhatikan dan ingin mengejek kita dalam aktiviti senaman. Mereka ada urusan masing-masing. Selamba saja!

Pakaian: Kita tidak perlulah menyediakan pakaian-pakaian sukan yang mahal untuk tujuan senaman. Cuma jangan remehkan mengenai penutupan aurat kerana kita sedang melakukan yang baik, maka hendaklah dilakukan dengan cara yang baik juga.

Pakaian yang tebal seperti sweater juga elok untuk mempercepatkan proses perpeluhan dan pembakaran lemak. Jika kita memiliki bajet yang lebih, eloklah memakai kasut atau pakaian sukan yang elok supaya aktiviti ini akan berterusan dengan penuh komitmen.

Cari kawan: Melakukan aktiviti dengan berteman atau berkumpulan mungkin lebih seronok. Cari seorang kawan atau lebih untuk membina matlamat bersama mencapai berat badan ideal. Pilih satu sukan atau jenis senaman yang menyeronokkan dan jadilah pasangan atau kumpulan yang saling memberi semangat di antara satu sama lain. Ini mungkin dapat mendorong semangat dan motivasi untuk kita mencapai matlamat.

Pernafasan sempurna: Bernafas dengan cara yang betul juga penting dalam senaman. Ia membantu kita untuk lebih menumpukan perhatian kepada senaman dan menjadikan senaman lebih efektif mencapai tujuannya.

Jangan bernafas tercungap-cungap atau bernafas terlalu panjang ke dalam. Tetapi bernafas dengan normal. Tarik dengan sempurna dan buang dengan sempurna dengan rentak seimbang. Jika kita mahir, buang nafas ketika sedang melakukan pergerakan berat dan menarik nafas ketika dalam keadaan santai. Pernafasan yang baik adalah kunci untuk memperkembangkan kemampuan kita dalam sukan atau sesuatu senaman.

Daripada Chit Chat Remaja mengenai Diet

Acne - Jerawat

Pock start when the pores of the skin become clogged with the type of oil called sebum, which usually Lisette skin and hair. Acne is common during puberty when going to Measure the increase in hormones, which leads to Increase production of sebum skin. Because many of the producing oil glands are on the front, nose and chin, this area is most vulnerable to pustules.

Here are some tips to help prevent breakouts and clear them as soon as possible:

  • Wash your face twice a day (not more) with warm water and mild soap made for people who suffer from acne. Gently massage your face with circular motions. No Scrub. Overwashing and scratching can cause skin to become irritated. After cleansing, skin diseases and the American Academy for the (returned) and recommends the application over - combat - it is (no need for prescription) that contain peroxide lotion benzoyl. This will reduce the oil and bacteria.
  • Do not Bob pustules. It tempting, But here, why should not: the detonation pustules infected material could be paid to more skin, which leads to further swelling and redness, and even scarring. If you notice a Pimple before the next big event, such as the concert dancer, and the skin doctor often, because it deals with less risk you from the wound or injury.
  • Avoid touching your face or your fingers on your face and a tendency of things that bring sebum skin and remnants such as telephone and the receiver. Touching your face can spread bacteria that cause the pores become inflamed and irritated. To keep bacteria at bay, wash your hands before applying anything on your face, such as the treatment of fat or installation.
  • If you wear sunglasses or glasses, make sure you clean them frequently to keep the oil from clogging pores on your eyes and nose.
  • If you get your body count, try not to wear tight clothes, which do not allow the skin to breathe and may cause irritation. As you may wish to stay away from Scarves, rings, caps, which can collect dirt and oil well.
  • Remove your installation before they go to sleep. With the purchase and installation, make sure you choose the brands that say “noncomedogenic” or “nonacnegenic” on the label. Throw away the old fragrances or installation that seems different from when I first bought it.
  • Keep clean and hair from your face to prevent additional oil from the dirt and clogging your pores.
    Protect your skin from the sun. It might seem like Tan masks acne, but it is only temporary. A Tan can cause the body to produce additional sebum, which may lead to the aggravation of your acne, not improve it. Leather tanning also causes damage that will eventually lead to wrinkles and increase the risk of skin cancer.

Masuk Bakul Angkat Sendiri

MENGKRITIK dan ‘kondem’ diri sendiri tidak akan mengubah apa-apa pun. Kurangkan sikap suka merendah-rendahkan diri. Kalau boleh, terimalah diri kita seadanya. Setiap yang Tuhan ciptakan itu cantik dan sempurna. Jangan menghina ciptaan Tuhan pada diri sendiri.

Setiap orang akan berubah dari semasa ke semasa. Setiap kali kita mengkritik dan merendah-rendahkan diri, perubahan itu adalah ke arah yang negatif. Tapi kita tak sedar perubahan tu berlaku ke arah yang tak elok. Bagaimanapun, kalau kita terima dan hargai diri seadanya, perubahan tu pasti ke arah yang lebih positif kerana kita lebih berkeyakinan.

Di kalangan kita, mungkin ada orang yang suka ‘kondem’ diri sendiri. Macam mana tu? Pernah dengar dialog-dialog sebegini tak? Cuba lihat contoh-contoh dialog ataupun bisikan hati yang berbunyi seperti berikut. Buruk sangat bunyinya!

  • “Alah, mentang-mentanglah kita ni tak cantikkk…”
  • “Yelah… Awak pandai! Kita ni bodoh je!”
  • “I tak nak tampilkan diri depan orang ramai. Nanti perbuatan tu memalukan diri I sendiri.”
  • “Jijik sangat ke aku ni?!!”
  • “Elee… barang kita ni murah je…”
  • “Mentang-mentang la aku ni miskin…..”

Kalau kita imbas seketika, dialog-dialog sebegini seperti orang merendah diri. Tapi sebenarnya ia adalah kata-kata menjatuhkan diri sendiri. Mana boleh cakap macam tu. Orang lain pun tak nak cakap begitu pada kita. Merendah diri tu lebih tepat kita fahami sebagai ‘tak sombong’, ‘tak bongkak’ ataupun ‘bukan riak’.

Sayang diri ni datangnya juga dari hati. Hati kita mesti membayangkan yang baik-baik dan indah-indah buat diri. Ungkapkan yang elok-elok pada diri sendiri.

Setiap orang tak pernah suka dikutuk ataupun di’kondem’ oleh orang lain. Katalah misalnya kita dikutuk oleh orang-orang yang kurang senang dengan diri kita. Mungkin kita tak boleh nak halang tindakan orang lain yang tak suka kat kita. Tapi, kalau boleh janganlah sampai diri kita sendiri pula yang memulakannya. Silap-silap, orang lain tak cakap apa-apa pun tentang keburukan kita, tapi kita yang perasan sendiri.

Kalau kita tak suka orang lain ‘kondem’ kita, kenapa pula kita nak kondem diri sendiri? Bukankah itu tak sayang diri namanya. Nak harapkan orang lain, tak semestinya kita boleh dapat kasih sayang tu kecuali pada orang-orang tertentu je. Tapi orang tertentu tu termasuklah diri kita juga.

Chit Chat sebelum ni pernah sebut tentang kuasa minda dan pengaruh ungkapan positif pada diri. Memperbanyakkan saranan positif memang ada kesan secara halus terhadap diri kita. Sebaliknya kata-kata yang buruk tu memang menjatuhkan semangat.

Ada kalanya kita merajuk ataupun terasa hati dengan seseorang. Tetapi itu tidak bermakna kita perlu menjatuhkan diri. Sepatutnya bila kita dibuli dan ditindas oleh pihak lain, tiada yang lebih kuat untuk membela melainkan diri kita sendiri. Kalau kita sendiri pun tak boleh harap, apatah lagi orang lain?

Daripada Chit Chat Remaja mengenai Sayangi Diri

Kuda Menyanyi Acapela


Don’t Make Our Mom Feels Upset

…siapa yang mengutamakan isteri berbanding ibunya maka dia akan dilaknat oleh Allah swt Ibadat fardhu dan sunatnya tidak akan diterima olehNya.

ADA seorang pemuda bernama Alqamah di zaman Rasulullah saw. Pemuda ini rajin beribadat dan banyak bersedekah.

Secara tiba-tiba ditakdirkan Alqamah jatuh sakit dan ianya agak kritikal. Lalu isterinya meminta seseorang untuk memberitahu dan memanggil Rasulullah saw bahawa suaminya sedang nazak kerana sakit.

Rasulullah saw memerintahkan sahabatnya iaitu Bilal, Ali, Salman dan Ammar ra untuk pergi ke tempat Alqamah dan menjenguk keadaannya. Tatkala sampai ke rumah Alqamah, mereka terus mendatangi Alqamah lalu memimpinnya agar mengucapkan La Ilaha IllAllah. Tetapi lidah Alqamah bagaikan terkunci. Dia tidak dapat mengucapkan kalimah syahadah itu.

Ketika para sahabat itu menjangkakan bahawa Alqamah pasti akan mati, lalu mereka menyuruh Bilal untuk memberitahu hal itu kepada Rasulullah saw Baginda terus bertanya, “Adakah dia masih mempunyai ibu dan ayah?” Jawabnya, “Ayahnya telah meninggal, tetapi ibunya masih hidup dan sudah terlalu tua.”

Rasulullah saw bersabda kepada Bilal, “Wahai Bilal, pergilah kepada ibu Alqamah dan sampaikan salamku kepadanya. Katakan kepadanya, Jika kamu masih mampu berjalan, maka datanglah kepada Rasulullah saw; tetapi jika tidak, maka Rasulullah saw akan datang ke sana.”

Ibu Alqamah menjawab, “Sayalah yang lebih sesuai untuk pergi kepada Rasulullah saw” Lalu dia mengambil tongkat dan berjalan hingga memasuki rumah Rasulullah saw Setelah mengucapkan salam, dia duduk di hadapan Rasulullah saw

Rasulullah saw bertanya, “Beritakan hal sebenar kepadaku, jika kau dusta kepada ku nescaya akan turun wahyu memberitahu kepadaku. Bagaimanakah keadaan Alqamah?” Ibu Alqamah menjawab, “Alqamah rajin beribadah sama ada solat, puasa dan sedekah sebanyak-banyaknya sehingga tidak terkira banyaknya.”

Rasulullah saw bertanya lagi, “Lalu bagaimana hubunganmu dengan dia?” Ibu Alqamah menjawab, “Saya marah kepadanya.” Rasulullah saw bertanya, “Mengapa?” Jawabnya, “Kerana dia mengutamakan isterinya lebih daripadaku dan lebih memenuhi kehendak isterinya berbanding aku dan juga menentangku.”

Maka Rasulullah saw bersabda, “Kemurkaan ibunya…. Itulah yang mengunci (menutup) lidahnya untuk mengucap dua kalimah syahadah.”

Kemudian Rasulullah saw menyuruh Bilal supaya mengumpul kayu sebanyak-banyaknya untuk membakar Alqamah dengan api. Ibu Alqamah bertanya, “Ya Rasulullah saw, puteraku, buah hatiku akan kau bakar dengan api di hadapanku? bagaimana perasaan ku akan dapat menerimanya?”

Rasulullah saw bersabda, “Wahai ibu Alqamah, siksaan Allah swt lebih berat dan kekal, kerana itu jika kau ingin agar Allah swt mengampunkan dosanya, maka relakan ia (redhakanlah kepadanya). Demi Allah swt yang nyawaku ada ditanganNya. Tiadalah bermanfaat solat dan sedekahnya selagi engkau masih murka kepadanya.”

Lalu ibu Alqamah mengangkat kedua tangan dan berkata, “Ya Rasulullah, saya bersaksi kepada Allah swt di singgahsana dan kau wahai Rasulullah, juga sesiapa yang hadir di tempat ini bahawa saya telah redha kepadanya (memaafkannya).”

Setelah itu Rasulullah saw memerintahkan Bilal untuk pergi melihat keadaan Alqamah, adakah dia telah mengucapkan Laa ilaha illallah atau pun tidak. Baginda bimbang kalau-kalau ibu Alqamah mengucapkan sedemikian hanya kerana malu kepada Rasulullah saw dan tidak daripada hatinya.

Apabila Bilal sampai di pintu rumah Alqamah, kedengaran suara Alqamah membaca Laa ilaha illallah. Lalu Bilal masuk dan berkata, “Wahai kamu semua, sesungguhnya murka ibu Alqamah itu yang menutup lidahnya untuk mengucap dua kalimah syahadah dan redhanya kini melepaskan kongkongan lidahnya. Maka matilah Alqamah pada hari ini.”

Rasulullah saw datang dan memerintahkan supaya mayatnya dimandikan dan dikafankan dengan segera. Lalu ia disembahyangkan oleh Rasulullah saw Sesudah dikebumikan, Rasulullah saw berdiri di sisi atas kubur sambil bersabda, “Wahai para sahabat Muhajir dan Anshar, siapa yang mengutamakan isteri berbanding ibunya maka dia akan dilaknat oleh Allah swt Ibadat fardhu dan sunatnya tidak akan diterima olehNya.”

Kesan berbuat derhaka kepada ibu bapa itu bukan sahaja akan dibalasi dengan balasan di akhirat atau di akhir-akhir kehidupan sahaja. Akan tetapi dosa yang dilakukan terhadap ibu bapa akan dibuktikan kesalahannya melalui pembalasan di dunia.

Demikian adalah jelas sebagaimana sabda Rasulullah saw yang bermaksud, “Dua (kejahatan) yang akan dibalas oleh Allah di dunia iaitu zina dan derhaka kepada ibu bapa.”

Bagaimana pula dengan kita? Derhaka kepada ibu bapa kerana pakwe ataupun makwe? Sedangkan kerana isteri tercinta pun balasannya sebegitu besar, bagaimana pula dengan derhaka kerana mengutamakan orang lain pula?

Daripada Chit Chat Remaja mengenai Ibu Bapa

Harga Tiket Bas Paling Murah

Dia dekatkan mulutnya ke lubang cermin kaunter dan menjawab, “RM24 je dik, tiket ni tinggal satu je. Nak tak? Kena cepat ni!” Aku pun terus beli…

DALAM kehangatan naiknya harga minyak pasaran di Malaysia, semua harga barang juga ikut naik termasuklah tambang bas.

Tambang bas antara KL dan JB kini berharga antara RM30 hingga RM40. Kebanyakannya berharga lebih kurang RM35 untuk satu perjalanan satu hala. Kawan-kawan aku kata, jangan sampai lebih RM40, itu bermakna kita ditipu.

Tiga hari lepas, aku ‘out station’ ke KL atas urusan pejabat. Aku bertolak dari JB menaiki kenderaan rasmi pejabat tetapi terpaksa balik ke JB lebih awal dengan menaiki bas.

“Jangan bayar melebihi RM40!!” Itu pesan member aku masa dalam kereta sebelum aku masuk ke hentian bas Puduraya.

Aku meninjau sendiri kaunter-kaunter tiket untuk mendapatkan bas yang bertolak pada waktu terhampir. Masa tu jam pukul 3 petang. Hampir semua tiket bas ke JB bertolak selepas jam 4.30 petang dan harganya adalah RM35 ataupun RM40.

Ronda punya ronda, ada la satu bas yang akan bertolak ke JB jam 4.00 petang. Aku pun apa lagi, tanya la harga tiket berapa ringgit. Jawabnya, “RM24 je dik!”… Aku salah dengar ke ni? Aku tanya lagi, “Berapa kak?” Dia dekatkan mulutnya ke lubang cermin kaunter dan menjawab, “RM24 je dik, tiket ni tinggal satu je. Nak tak? Kena cepat ni!” Aku pun terus beli…

Dalam hati berkata, “Aku ni kena tipu ke? Takkan la murah sangat? Tapi aku beli tiket ni kat kaunter. Takkan la dia nak tipu. Lain la kalau aku beli dengan ulat.”

Tepat jam 4.00 petang aku terus turun ke platform dan bas yang aku nak naik tu memang ada. Lega rasanya. Memang betul aku tak kena tipu. Tapi aku terfikir, “Ni mesti empat seat punya bas dalam sebaris. Takpelah tiket murah memang la sempit sikit.”

Bila aku naik je bas tu, hairan bin ajaib. Bas tu sebaris ada tiga seat. Wah, ini sudah bagus. Aku terus duduk di belakang sekali sebab aku paling akhir beli tiket. Datang sorang cina duduk sebelah aku. Aku tanya dia, “Berapa harga tiket?” Dia jawab, “RM24… kenapa? Kau kena tipu ke?” Aku jawab, “Eh taklah, aku dapat harga yang sama.”

Cina tu ramah. Dia kata, “Aku ulang alik tiap-tiap minggu ke KL dan JB. Ini la bas yang aku percaya dan aku takkan cari bas lain. Kalau kau nak beli tiket bas, kau cari bas KKKL. Dia punya harga memang maintain dan jadual perjalanan memang ok. Lagipun aku suka sebab dia ikut trek bas yang sepatutnya. Takde la ikut jalan dalam or jalan pelik2 sampai kita nak rancang turun di tengah jalan pun susah.”

Aku mengangguk dan senyum. Kitorang terus berborak panjang.

Kisah ni bukan bertujuan untuk aku promosi syarikat bas berkaitan. Cuma bagi aku syarikat bas yang mulia macam ni memang layak diberi publisiti supaya kita sokong perniagaannya untuk lebih maju. Tapi korang mungkin boleh survey sendiri.

Charismatic Leadership

KELIHATAN menarik dan anggun adalah aspek yang diperlukan untuk mendapatkan serta mengumpulkan pengikut”

“PERCAYA pada diri adalah keperluan asas bagi seorang pemimpin”

“ORANG ramai biasanya akan mengikut seseorang yang mereka kagumi secara peribadi”


KEBANYAKAN ahli politik menggunakan gaya berkarisma dalam kepemimpinannya. Biasanya mereka cuba menggunakan karismanya untuk mendapatkan sokongan daripada seramai pengikut yang boleh.

Kalau kita cuba nak meningkatkan karisma, gaya pengucapan para pemimpin politik dan cara mereka berinteraksi adalah salah satu sumber pembelajaran yang baik.

Para pemimpin dalam bidang agama seperti pak imam dan ustaz-ustaz juga ada menggunakan karisma dalam kepemimpinan mereka.

Karisma boleh kita katakan sebagai kualiti bagi personaliti diri seseorang yang menjadikan dia kelihatan berbeza ataupun unik di kalangan orang lain. Senang cerita, karisma tu satu imej diri yang “lain daripada yang lain” ataupun “istimewa” dengan personaliti diri kita yang hebat, luar biasa dan sekurang-kurangnya memiliki kuasa tertentu.

Karisma ni bukan benda ajaib yang berkaitan dengan ilmu-ilmu ghaib. Ia dah pun dikaji sebagai satu set tingkah laku ataupun sifat. Mereka ungkapkan karisma ini juga sebagai magnetisme peribadi (lebih kurang macam daya tarikan peribadi la).

Secara rambangnya, karisma boleh diciptakan sebagaimana yang kita selalu tengok dalam TV. Macam cerita-cerita mengenai hero yang berlawan dengan ditambah “sound effect” tertentu. Ataupun bila dia pukul orang, ada bunyi “bish, bish, bish!” lalu orang jahat pun terpelanting jauh. Biasanya hero ada gaya tersendiri dan pakaian yang “stylo”.

Itu cara “movie” nak bangkitkan karisma pelakon utama. Kita tengok pun kagum kan? Apa pula cara kita? Mungkin berpakaian kemas. Mempunyai gaya yang waras. “kontrol hensem?” ikut cara masing-masinglah, mana satu yang sesuai jadi keistimewaan diri sebagai pemimpin.

Ada seorang profesor yang mengkaji bidang ini mengatakan bahawa orang yang berkarisma mempunyai tiga sebab utama iaitu:

  • Mereka merasakan bahawa emosi mereka agak kuat.
  • Mereka lebih menampilkan diri kepada orang lain.
  • Mereka juga tidak terkesan dengan pengaruh orang lain yang juga berkarisma.

Profesor ni pun ada ajar juga mengenai tip-tip mudah macam mana nak jadi lebih berkarisma. Nak tak? Ambil jelah! Tip-tipnya adalah seperti berikut:

  • Ingin berkarisma di kalangan orang umum? Ketika sedang bercakap dengan orang, tegakkan dada dan bahu supaya kelihatan tegap bertenaga. Jangan sampai tertonggek sudah la. Elakkan memegang ataupun meletakkan tangan di bahagian muka sendiri. Jangan kejung sangat tetapi lebih bersantai. Kedudukan tangan diletak di sisi seperti biasa. Penampilan dalam kekemasan diri, berpakaian dan imej juga penting. Cuba tiru gaya seseorang yang kita anggap berkarisma.
  • Nak nampak berkarisma kepada seseorang? Tarik perhatian supaya mereka menyedari kehadiran kita dan tunjukkan bahawa kita “enjoy” berada bersama mereka. Mengangguk kalau mereka bercakap. Kalau sama jantina, cuit-cuit la sikit lengannya dan kekalkan hubungan mata (eye contact).
  • Macam mana pula di kalangan sesebuah kelompok? Jangan terlalu mengeluh kalau jadi ketua. Selesakan diri dengan tanggungjawab tu. Selalu la meronda-ronda supaya nampak lebih bersemangat. Ambil berat mengenai setiap bahagian dan setiap ahli dalam kumpulan. Kira macam mesra rakyat la ni.
  • Berkarisma pada idea. Keluarkan idea yang luar biasa dan baru. Buat pembaharuan dan kontraversi. Kalau boleh idea tu mesti disampaikan dengan jelas dan mudah difahami.
  • Karisma pada ucapan dan percakapan? Tekankan aspek kejelasan, kepetahan, bertenaga dan menggerakkan minda orang yang mendengar.

Pokok pangkalnya, karisma boleh kita bina melalui pembentukan personaliti diri yang ideal. Kalau penampilan kita pun comot, macam mana nak timbul aura karisma tu. Jadi pemimpin ni kenalah bina keyakinan orang melalui pandangan pertama mereka kat kita. Perangai biar elok, pakaian biar anggun, diri biar terurus dan kelebihan diri biarlah unggul.

Nak jadi seorang yang berkarisma? Mulakan dengan amalan-amalan kecil dulu sebagaimana tip-tip di atas. Kalau dah mahir, bolehlah pelajari daripada orang-orang yang kita fikir hebat seperti pemimpin-pemimpin terkenal dan sebagainya. Jangan sampai tiru pakaian Spiderman sudah la! Itu semua cerita imaginasi saja ok.

Say right even its bitter

A liar can’t be trusted; even they tell you a truth.

THAT is our evaluation about a liar. Once we lied and it had been caught, peoples will never give a total trust to us.

As I have read from an article authored by Psychiatric Nurse, Derek Wood, PhD Candidate from Get Mental Help Inc., Mental Health Matters, there are a number of reasons that people lying. Those reasons are:

  1. Fear. This is the most common reason because they are taking shelter from the perception of punishment. They think that lying can safe them from any punishments
  2. Habit. It can be a reason to lie too. Even when confronted by the truth, insist on the lie is the truth in this case
  3. Learning through modeling. When people see others lie, especially when they get away with it, they may become more prone to lie
  4. Lying to get what they want

The reason on number 2, 3 and 4 are irrelevant action to behave. But the first reason about avoiding punishment, fear and danger may be used for some situation.

As reported by Bukhari and Muslim, once upon a time our prophet, Muhammad sitting under a tree with his companion (sahabat). Suddenly a Quraish infidel in anger comes with a sword in his hand and asking, “O, Muhammad have u see someone had just passing here?” Muhammad standing up and says, “Since I standing, I’m not seeing anyone passing here.” Then, the asker leaves with full of anger on his face.

The companion feel confuse hearing the answer of Muhammad because the truth is there is really a man in extremely fear passing by the place before the Quraish arrive. So the companion asks a description about the scenario.

Muhammad says, he only saw the man that wanted by Quraish during he sits, not during he stands up. The Prophet’s answer was, “Since I standing, I’m not seeing anyone passing here.”

It’s a miss direction to save a life!!!

What is our stand about lying behavior? Are we lie because of fear, as a habit, social learning or to get what we want? Are we a fully trusted person for others?

Your Ad Here